KUNJUNGAN HORMAT DE METROLOGY SDN.BHD DI KPDNHEP SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT DE METROLOGY SDN.BHD DI PKPDNHEP SELANGOR
19 Oktober 2020 (Isnin) – YBrs Tuan Muhmad Zikril Azan Bin Abdullah, Pengarah KPDNHEP Selangor dan YBrs Tuan Aminuddin Bin Muhammad, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada Syarikat De Metrology Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Zuwairi Japri Al-Manjie bersama beberapa wakil lain. Syarikat De Metrology Sdn Bhd adalah antara syarikat yang telah dilantik bagi menjalankan tugas penentusahan alat timbang dan sukat di Malaysia khususnya dalam negeri Selangor. Kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan kerjasama dalam perlaksanaan penentusahan dan lain-lain aktiviti. Turut hadir dalam perjumpaan adalah Tuan Md Zaki Bin Abd Samad Ketua Sektor Pengurusan Penguatkuasaan KPDNHEP Negeri Selangor, Ketua-Ketua Sektor, Perdagangan Dalam Negeri dan Ketua-Ketua Cawangan.
#kunjunganhormat #Demetrologysdnbhd #kpdnhepselangor
Unit Media | PKPDNHEP Selangor

ms_MYBahasa Melayu