TENTANG KAMI

PENGENALAN

DE METROLOGY (DMSB) merupakan sebuah organisasi yang diperbadankan di Malaysia dengan fokus utama perniagaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan metrologi sah.

Pada bulan April 2020, DMSB telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai syarikat berlesen dibawah seksyen 26A(1)(b) Akta Timbang dan Sukat 1972 untuk memberi perkhidmatan pengujian dan penentusahan alat timbang atau sukat untuk kegunaan perdagangan.

LESEN PERKHIDMATAN PENENTUSAHAN

OBJEKTIF

  1. Memberi perkhidmatan penentusahan alat timbang dan sukat di Malaysia dengan kemudahan akses yang meluas kepada setiap lapisan peniaga, usahawan, Industri Kecil Sederhana, badan korporat dan GLC sebagaimana yang ditetapkan dibawah Akta Timbang dan Sukat 1972
  2. Mempromosikan amalan baik dalam urusan timbangan dan sukatan

MATLAMAT

Rakyat dan pengguna di Malaysia mendapat perlindungan sepenuhnya dari aspek timbangan dan sukatan dalam semua urusniaga barangan dan perkhidmatan yang dibayar.