tahukah anda website v04
Header Website
Header Website 2
previous arrow
next arrow
 
“Kehadiran DMSB dalam industri metrology ini diharap akan dapat mewujudkan suasana persaingan yang sihat dan menjadi complementary kepada pembaik dan pengguna agar mendapat perkhidmatan yang lebih baik” 

TERKINi

KHAMIS | 3 JULAI 2025

LAWATAN & PERBINCANGAN BERSAMA KPDN SELANGOR

Lawatan kerja dan perbincangan kolaboratif bersama KPDN Selangor dan De Metrology Sdn. Bhd. dalam memperkukuh pematuhan standard metrologi dan kepenggunaan.

Lokasi: Wisma Suhaila

SABTU | 21 JUN 2025

DE METROLOGY BERADA DI ADVOKASI ZON PERSINGGAHAN PATUH BERSAMA RAKAN NIAGA PLUS

Pameran bertujuan bagi memberi penerangan kepada rakan niaga PLUS di bawah Akta yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasa, KPDN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lokasi: Menara Korporat Persada PLUS

SELASA | 20 MEI 2025

DE METROLOGY BERADA DI NMIM sEMPENA HARI METROLOGI SEDUNIA 2025

Tema tahun ini mengiktiraf peranan penting pengukuran tepat dalam membina dunia yang lebih mampan, selamat dan saling terhubung.

Lokasi: National Metrology Institute of Malaysia (NMIM)

RABU | 5 MAC 2025

LAPORAN NAZIRAN ALAT TIMBANG KENDERAAN (ATK) BERSAMA DE METROLOGY SDN BHD

Hasil Pemeriksaan:
▪️Naziran Dan pemeriksaan dijalankan berdasarkan peruntukan undang-udang iaitu di bawah Akta Timbang Sukat 1972
▪️ Menjalankan pemeriksaan Alat timbang Kenderaan (ATK) dan alat timbang pelantar (semi auto) adalah seperti berikut:-

DE METROLOGY (DMSB)

PENGENALAN

DE METROLOGY (DMSB) merupakan sebuah organisasi yang diperbadankan di Malaysia dengan fokus utama perniagaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan metrologi sah baru-baru ini bermula pada bulan April 2020, 

DMSB telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai syarikat berlesen dibawah seksyen 26A(1)(b) Akta Timbang dan Sukat 1972 untuk memberi perkhidmatan pengujian dan penentusahan alat timbang atau sukat untuk kegunaan perdagangan.

34
CAWANGAN

Akta Timbang dan Sukat 1972

Objektif akta untuk mengawal selia timbang dan alat timbang dan sukat bagi tujuan di bawah:

Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan mematuhi dan mendapat kelulusan reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Penyimpan Timbang dan Sukat;

Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan menggunakan Unit Sistem Antarabangsa (SI);

Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan ditentusahkan dan ditentusahkan semula;

Mengawal selia pemegang lesen yang dilesenkan bagi kategori pembuat, pembaik dan penjual alat-alat timbang dan sukat; dan

Mengawal selia syarikat berlesen di bawah akta untuk menjalankan perkhidmatan penentusahan dan penentusahan semula timbang dan sukat dan alat-alat timbang dan sukat.

[easy_media_download url="http://demetrology.com.my/wp-content/uploads/2020/05/Akta-71-2009.pdf"]
Alat Timbang dan Sukat DMSB

Command Centre DMSB

Tujuan utama Command Centre diwujudkan adalah sebagai hab rujukan kepada pelanggan dan juga kepada pegawai-pegawai DMSB sendiri berhubung isu-isu kontemporari yang berbangkit dalam kerja-kerja penentusahan alat timbang dan sukat secara cepat dan tepat. Selain itu, ia akan berfungsi sebagai pusat kawalan, penyelarasan dan edaran arahan/ pekeliling yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat DMSB.

Scroll to Top