LAPORAN NAZIRAN ALAT TIMBANG KENDERAAN (ATK) BERSAMA DE METROLOGY SDN BHD

 

📅 Tarikh : 05.03.2025 @ Rabu
⏰ Masa : 9.30 pg Hingga Selesai
🌎 Tempat : Kubang Pasu, Kedah

– Anggota KPDN Alor Setar :

1. Tn. Muniandy
2. Tn. Zahari
3. Pn. Noor Raihan
4. PPP Toheroh
5. PPP Aswadi
6. PMP Shahida
4. PMP Hidayat

– Pegawai DE Metrology Sdn Bhd

1. Abd Razif Abd Halim
2. Mohd Fadhil Mohd Nor

Hasil Pemeriksaan:
▪️Naziran Dan pemeriksaan dijalankan berdasarkan peruntukan undang-udang iaitu di bawah Akta Timbang Sukat 1972
▪️ Menjalankan pemeriksaan Alat timbang Kenderaan (ATK) dan alat timbang pelantar (semi auto) adalah seperti berikut:-

i) OBL MAJU SDN BHD, Kodiang, Jitra Kedah.
Premis memiliki alat timbang kenderaan iaitu (ATK) 40,000kg bagi kegunaan pembelian padi daripada ejen dan petani. Alat timbang berada dalam keadaan baik dan masih dalam tempoh penentusahan. Proses pengujian alat timbang kenderaan (ATK) telah dilakukan oleh pihak DE Metrology, mendapati kedua-dua masih dalam had selisih yang dibenarkan setelah diletakkan standard kerja ‘block weight’ yang berkapasiti 10,000kg. Tiada Tindakan kes diambil.

ii) MAHACERGAS SDN BHD, Kodiang, Jitra Kedah
Premis memiliki satu alat timbang kenderaan (ATK) 60,000kg bagi kegunaan pembelian padi daripada ejen dan petani. Alat timbang berada dalam keadaan baik dan masih dalam tempoh sah . Proses pengujian alat timbang kenderaan (ATK) telah dilakukan oleh pihak DE Metrology, mendapati mendapati had selisih masih dalam had yang dibenarkan setelah diletakkan standard kerja ‘block weight’ yang berkapasiti 10,000kg. Tiada Tindakan kes diambil.

ii) MAHACERGAS SDN BHD, Kodiang, Kedah.
Premis memiliki dua alat timbang pelantar (semi auto) dan alat timbang pelantar (elektronik) berkapasiti 300kg untuk menimbang beras dan tempoh sah sehingga 26.11.2025. Alat timbang berada dalam keadaan baik .Tiada Tindakan kes diambil.

➡️ Bilangan premis yang diperiksa : 3
Bil Kpp : 3 KPP

Sekian laporan dan terima kasih. 

Scroll to Top