tahukah anda website v04
Header Website
Header Website 2
previous arrow
next arrow
“Kehadiran DMSB dalam industri metrology ini diharap akan dapat mewujudkan suasana persaingan yang sihat dan menjadi complementary kepada pembaik dan pengguna agar mendapat perkhidmatan yang lebih baik”

DE METROLOGY SDN BHD (DMSB)

PENGENALAN

DE METROLOGY SDN BHD (DMSB) merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dengan fokus utama perniagaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan metrologi sah baru-baru ini bermula pada bulan April 2020, 

DMSB telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai syarikat berlesen dibawah seksyen 26A(1)(b)Akta Timbang dan Sukat 1972 untuk memberi perkhidmatan pengujian dan penentusahan alat timbang atau sukat untuk kegunaan perdagangan.

0
CAWANGAN

Selaras dengan perlantikan tersebut, DMSB sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembukaan pejabat-pejabat Cawangan di setiap negeri serta makmal-makmal ujian. Bagi memastikan perkhidmatan akan dapat diberi secara menyeluruh dan hampir dengan pelanggan, DMSB akan membuka sebanyak 34 Cawangan secara berperingkat disamping menyediakan perkhidmatan mobile stamping station bagi kawasan-kawasan yang agak jauh.

Pembukaan pejabat-pejabat cawangan DMSB mengalami sedikit kelewatan dari perancangan awal disebabkan oleh pandemik COVID 19 yang membataskan pergerakan diperingkat awal serta menjejaskan  jadual penghantaran standard oleh pembekal dari luar negara. Walau bagaimanapun dijangkakan kerja-kerja pengujian dan penentusahan akan dimulakan secara berperingkat sebelum akhir bulan Ogos 2020.

Akta Timbang dan Sukat 1972

Objektif akta untuk mengawal selia timbang dan alat timbang dan sukat bagi tujuan di bawah:

Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan mematuhi dan mendapat kelulusan reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Penyimpan Timbang dan Sukat;

Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan menggunakan Unit Sistem Antarabangsa (SI);

Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan ditentusahkan dan ditentusahkan semula;

Mengawal selia pemegang lesen yang dilesenkan bagi kategori pembuat, pembaik dan penjual alat-alat timbang dan sukat; dan

Mengawal selia syarikat berlesen di bawah akta untuk menjalankan perkhidmatan penentusahan dan penentusahan semula timbang dan sukat dan alat-alat timbang dan sukat.

Download Now

Command Centre DMSB

Tujuan utama Command Centre diwujudkan adalah sebagai hab rujukan kepada pelanggan dan juga kepada pegawai-pegawai DMSB sendiri berhubung isu-isu kontemporari yang berbangkit dalam kerja-kerja penentusahan alat timbang dan sukat secara cepat dan tepat. Selain itu, ia akan berfungsi sebagai pusat kawalan, penyelarasan dan edaran arahan/ pekeliling yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat DMSB.

Scroll to Top