LATEST POST
ADVOKASI PROGRAM PASAR PATUH BERSAMA RAKAN STRATEGIK KPDN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
kHAMIS | 18 Julai 2024
Lawatan Pasar Awam Sg. Besi bersama Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Mohd Sabri Bin Seman. Program Pasar Patuh dengan kolaborasi Rakan Strategik bermatlamat untuk menggalakkan amalan perniagaan secara beretika, berhemah dan mematuhi perundangan sama ada di bawah KPDN, Kementerian, Jabatan dan Agensi berkaitan.
Lawatan ke Pasar Awam Salak, Majlis Perbandaran Sepang
SELASA | 16 Julai 2024
Laporan Lawatan ke Pasar Awam Salak, Majlis Perbandaran Sepang di bawah program Pasar Patuh oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Yang Berbahagia Dato Seri Mohd Sayuti bin Bakar dan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dato Azman bin Adam.
Tindakan Pengawalan Penjualan Diesel Bersubsidi dan Pemeriksaan Harga serta Alat Timbang di Pulau Ketam
SELASA | 9 Julai 2024
Operasi ini berfokus pada pengawalan penjualan diesel bersubsidi dan pemeriksaan tanda harga serta alat timbang di Pulau Ketam. Pasukan DMSB Shah Alam membuka stamping point sementara yang mendapat sambutan baik dan menyarankan penjelajahan lebih lanjut untuk pengesahan alat timbang yang belum diperiksa. Operasi diteruskan ke sangkar ikan, dengan tindakan susulan diberikan kepada pemilik alat timbang mengenai ketidakpatuhan.
ADVOKASI PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG DI BAWAH SEKSYEN KONSUMERISE & KAWALAN INDUSTRI (SKKI) DAN AKTA TIMBANG SUKAT 1972 BAGI TAHUN 2024
ISNIN - SELASA | 24 - 25 Jun 2024
Program Patuh dengan kolaborasi Rakan Strategik bermatlamat untuk menggalakkan amalan perniagaan secara beretika, berhemah dan mematuhi perundangan sama ada di bawah KPDN,Kementerian,Jabatan dan Agensi berkaitan. Sharing knowledge berkenaan proses kerja penentusahan yang dilakukan oleh DMSB.